Sabtu, 25 Februari 2012

Alhamdulillah tamat pengajian

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah aku menamatkan pengajian aku dengan jayanya... alhamdulillah.... semasa sesi viva hari tu memang cukup mendebarkan sampai aku terkena gastrik gara-gara tak lalu makan. mungkin perasaan takut melebihi segala2nya.

tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar. malam sebelum viva aku byk istigfar dengan membaca

'Lailah hailla anta subhanaka inni kuntuminazzolimin'

Sungguh bermakna ayat ini kerana aku beroleh seribu ketenangan dengan membacanya.... mana-mana kawan yang belum viva kau ucapkan good luck ye. all the the best untuk u all.